Animated Pink Pencil

WELCOME TO MY BLOG


Tuesday, 9 April 2013

Hukum Alif Lam Mad

Assalamualaikum

ok..hari ni di petang tadi Kak Angah dapat tau dia dapat interview untuk Nilam Puri hari Khamis ni. So dia pn bukak lah tuk belajar tajwid. 

Hari ni kita belajar tajwid Hukum Alif Lam dan Mad ye..

 

Alif Lam Qamariah
Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.

Alif Lam Syamsiah
Apabila di atas huruf lam tiada tanda sukun.

Mad
Bahasa : menambah / memanjangkan
Istilah : memanjangkan suara pada kadar 2 hingga 6 harkat pada huruf mad
( alif , waw, ya ) 


Mad Jaiz Munfasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Panjang bacaan 4 / 5 harkat

Mad Wajib Muttasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 4/5 harkat 
 
Mad Lin
Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana wasal.
Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat

Mad Aridh Lis Sukun
Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.
Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat 

Mad Silah Qasirah
Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 2 harkat

Mad Silah Tawilah
Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 4 atau 5 harkat

Mad Tamkin
Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1 kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun
 
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf sukun dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 6 harkat

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Kadar bacaan 6 harkat


okey....itu je hari ni..esok kita blaja yang lain..

wassalam... *_*

No comments:

Post a Comment