Animated Pink Pencil

WELCOME TO MY BLOG


Thursday, 30 May 2013

Busy....

Assalamualaikum

Busy..tu je nk cita..x blh nk taip banyak. Sebab esok da assignment kena hantar. Semalam dh berjaga, so malam ni kena settle kan bgi siap, dpt tido nyenyak..wahhhh

sebenarnya nk cita pasal kenduri kahwin..ermmmm..
Itu next n3 lah along cita ya....


byeeee....

will continue in next n3


Friday, 17 May 2013

Novel Pending

Assalamualaikum



Belum ada review novel yang dapat along buat. Sebab dh aher semester ni, bz nya sampai boleh demam.

Just nk share pic terbaru novel yang pending tunggu along habis exam baru dapat belek2, kelek2, bukak2, tenung2, lunyai2...opsss..tu x berlaku k. 


Tadaaaaaa


my new novel

Tuesday, 14 May 2013

Sukan Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Ahad lepas kan Hari Ibu. So apa aktiviti korg? Bawak mak  jalan2? Bawak g makan? Bawak g shopping? Walau apapun korang buat, jangan biarkan hari Ibu setahun sekali je, hari ibu taip-tiap hari k. Hargailah ibu korang k.

Hari Ahad lepas along xda pegi jalan mana2 pun. Sebab hari tu ada sukaneka tuk budak2 TABIKA kpg along. Seawal pagi dh riuh bunyi-bunyian kt sebelah rumah. Almaklumlah rumah along ni sebelah je dgn sekolah TABIKA tu. 

So along pakat2 lah dengan kazen mazen along nk pegi tengok, lagipun ada anak Udak Yati jugak yg join suka ni. 

Along x mandi lagi msa pukul 8 tu, budak2 merangkap kazen mazen along tu dh serbu datang ajak pegi. Walawehhh..org x siap lagi lah. Udahlah kt padang tu da org guna ckit tuk khemah kenduri kawin..Malulah nk lalu kt depan tu dengan pakai t shirt je.

Dengan x menyabarnya, kitaorg pn jalan2 pegang tangan pegi kt padang. Jalan guna kaki, tangan berpegangan. Hehehe..yelah, kena pegang tangan sebab kazen mazen along ni suma umur bawah 8 tahun k.

Seiring dan sejalan,
Seindah bunga di taman,
Lalalalalala...

 Hahhh...lagi satu, along dh mandi dh, jgn korg ingat along pegi dengan busuk x mandi wehh..

Sampai je, kitaorg terus je serbu khemah ajk, sbb Udak Yati duduk kt situ, lorrrr, jadi pencatat markah rupanya. Excited kot kitaorg tanya, rupanya tinggal 2 je lagi acara Asyraf tu. Kena tunggulah, sbb masa sampai tu acara tuk bebudak 4 tahun.

  
haus sangat
Acara Asyraf yg sempat kitaorg tengok kutip buah sawit dgn jalan keretapi. Hahaha..lawak, dia xtau apa yg kena buat masa acara kutip biji sawit tu. Or dia xnampak, sbb tanah n biji sawit tu mcm lebih terkurang je kalernya.hehehe...dia dapat nombor 5 je acara ni.

xkan luka kot lps kutip biji sawit..hehe
Hahhh..lagi satu nk cita, dia dpt nombor 1 kt acara last sekali. Jalan keretapi..da amik video, tp terdelete lah..adoiiiii...Nak amik gmbr dia dgn hadiah nombor 1 pn xda, ntah mana dia campak ntah hadiah tu.

i'm the number 1


Tapikan yang beznya kitaorg dapat hadiah cabutan bertuah. Hihihihi..dapt dua lagi tu...Memang bertuah giler walupun dapat hadiah gelas n bekas makanan jenama Apple Lady. Hahaha, padahal hakikat yang perlu korang tau, duit tiket suma dr Udak Yati. Yang overnya kitaorang.

yearrrhhh...kmk menang gelas

Ahernya..kesudahan hari pagi Ahad kami yang memenatkan. Balik tu terbongkang tido, Tapi along tido dalam keta, coz ikot pegi anta ANgah n Dekmal balik asrama.

Sekian shaja.


Sunday, 12 May 2013

Untukmu Ibu

  Assalamualaikum

Sebab balik dr anta adik balik sekolah tadi, dgr lagu ni dlm radio Hot FM, radio lebih hangat dr biasa. Tapi ptg td hangat sangat2, sbb sedih kot dgr lagu ni. 
So, along sediakan lagu ni khas pembaca semua, hargailah ibu kalian selagi hayatnya masih ada.

Lirik Lagu Untukmu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Duhai Ibu

Assalamualaikum

Selamat Hari Ibu

Untuk ibu-ibu saudara along sebelah mak:
Jamaliah = Wa Meliah
 Fatimah = Ngah Timah
Watie = Mok Wati
Rabaah = Cik Baah
Rahana = Yak Ana
Nurainon = Ambong Enon
Norasyikin = Andak Ckin
Norhayati = Ydak Yati
Safar = Usu Safa

Untuk Ibu-ibu saudara along sebelah bapak:
Temah = Anjang Temah
Jaonah = Ngah Jonah
Taibah = Yak Tebah
Dayang = Mok Oat
Malina = Makcik Lina
Rabanim = Udak Enong
Tasnim = Usu Emot

Terima kasih sebab sudi untuk jaga kami adik beradik. Sudi untuk luangkan masa melayan kerenah kami. Sudi untuk membantu kami. We love u all.

Untuk Arwah Emak, SAPIAH BINTI BOLHASSAN

Walau hanya sebentar kita bersama, 
Hangatnya kasihmu masih ada,
Mekarnya sayangmu tetap kami rasa,
Besarnya pengorbananmu,
Tidak terbalas segala jasa.

Emak, Ibu, Mama, Umi, Bonda, Mommy,
Walau apa sekalipun panggilan untukmu,
Hanya satu untukmu,
Cinta Pertama Kami,

Siapa kami?
Anak-anakmu,
 Siapa kami?
Pewarismu,
Siapa kami?
Kamilah insan yang membekalkan doa untukmu,

Biar kecil di pandangan mereka,
Tapi besar di pandangan kami,
Biar jelik di mata mereka,
Tetap cantik di mata kami,

Walau ada yang menghalang,
Walau ada yang menghina, 
Walau ada yang membenci,
Dirimu tetap ratu di hati,
Kerana dirimu sungguh bererti

Biar patah, tidak berganti,
Biar hilang tidak di cari

Amanlah dirimu disana,
Doa kami sentiasa ada,
Nantikan kami untuk bersama,
Melewati alam untuk ke SYURGA. 

AL-FATIHAH buat emak, nek mak n nek mboi. 

Monday, 6 May 2013

Undi Part 2

Assalamualaikum

N3 kali ni nk sambung n3 lps yang part 1 tu. 

First time in my life, dgn rasminya along mnjadi pengundi.
Semalam 5 Mei 2013, along ahernya dh tunaikan tanggungjawab sbg rakyat Malaysia. 

Awal pagi along dh bangun, punyalh semangat nk pegi. Haha..awl je bangun, tp lagi tergolek-golek atas katil baca novel. Semangat apanya klu mcm tu kannn.
Kira pukul 8 gitu, along turun bwh, sunyi je, ingatkan My Ayah dh pegi membariskan diri kt tmpt undi, rupanya tgh baris dpn my lappy. Hahaha...layan internet baca psl PRU13.

Udak kata pkl 10.30 pagi pegi, tp smpai kol11 x jgk dia kol. Hishhhh..mana ntah. Hahaha..punyalah semangat, org lmbt pn nk marah. Rupanya tunggu mak sedara along yg duk kt kpg lain dtg.
Elok je dia sampai kitaorg pn jln kaki pg kt tmpt undi.
Alasan pegi lambat, udak lah kata klu pegi awal nnti terkedek-kedek baris dgn org tua2...ehhh, bkn warga tua ni special kes ke, huhhh sajalah tu xnk pegi awl sbb ramai org...Nasib baik kitaorg smpai, org dh x ramai, dh nk tghari kot.

X jgk lama pn kitaorg tggu, tp smpat jgklah tgok gelagat org yg tgh berbaris nk masuk undi.
Almaklumlah, tmpt undi kitaorg ni masih lagi taraf sekolah lama, sekolah kayu, so, lantai papan da jarak2, yg klu pakai kasut tinggi blh lekat kt lubang2 tu. hihihi. 

Gelak punya gelak, cakap punya cakap, lastly da sorg abang ni terjatuh berdebumkan my kad dia kt bawah. Bukan atas latai tau, ni betul2 x tipu punya, jatuh terus ke bawah tanah dr celah lantai...hahaha..sian dia, kena baris belakang balik. Lagi kesian jln masuk bwh nk amik my kad dia tu di tutup, terpaksa diorg pecahkan ckit asbestos yg guna tuk tutup jalan tu. 

Ramai jgk warga emas yg rasa2 nya umur diorg dh lebih 90 kot, dtg tuk mengundi. Hahhh, bkn sbb along rajin nk g interview umur nenek2 tu, tp dgr soksek org kpg ni ckp psl umur nenek tu. Wahhh,....cayalah nenek. Tanggungjawab tetap di tunaikan wlupun kena papah, kena dukung.

Da jgk yg bunyi x puas hati x d sediakan kerusi roda. Haippp, helo abang kakak makcik pacik sekalian, tmpt kita ni sekolah kayu, bertangga n xda laluan kerusi roda. So klu nk luah x puas hati, tgok dulu keadaan sekiling k.
Opppsss, maafkan along. Teremosi lah pulak.


Ahernya, inilah bukti along dh tunaikan tanggungjawab warganegara. 

inai biru or purple kot...

smpt posing dgn my kad before mengundi
Yang senyum kt belakang along tu, nama dia Nurasyikin, nama glemer Andak Ckin. Hehe..Jauh dia dtg dr kpg suami dia yg sntiasa baru x pernah nk lama. Kpg Baru...Bukan..bukan kt KL sana, tp ni kt Samarahan, Sarawak.

Sekian saja catatan terang terbentang oleh saya, along dr kpg pusat mengundi Samarahan. 

UNDI SAYA ADALAH RAHSIA

Aiman Tak Kisah



Assalamualaikum

ni along nk perkenalkan budak kecik kt atas tu. Inilah dia peminat no.1 BOBOIBOI, wlupun BOBOIBOI  xkenal dia. Hehehe..Nama budak kecik ni, Aiman Haziq, bapaknya nama Zaidon (along panggil Udak Jdon), mak dia pulak nama Norhayati (nama glemer Udak Yati).

Motif along cita pasal budak ni, sbb adik along yg duduk kt UUM tu, suka tanya psl Aiman ni, biar Aiman x kisahhhh kt dia pun..hahaha..Motif lain sbb dia ni byk aksi yg kiut miut yg blh buat org geram2 sayang kt dia. Alkisahnya Aiman kecik ni dgn along adalah sepupu ank pada adik mak along...Fuhhh...pjg je mukadimah.

Dia ni selalu buat along geram, rasa nk picit nak cubit nk gigit, sbb kemontelan pp dia yng x berapa nk montel tu. Suka dgr dia panggil along.....Ayong ahhhh...hahaha..mcm gayong dh along dgr tau.

Hobi dia ni nyanyi. Dulu masa meletopnya lagu tema AdamHawa, hari2 duk ulang tayang lagu tu. Kluar pulak gangnam style, huhuhu...Sampai blh hafal dh tarian budak ini buat. Sekarang ni dia tgh layan Putih2 Melati. Bajet dia putih la tu..Tapi dia memang putih pn.

Dia ni lahir 31 Oktober 2010, sama pulak birthday dia ni dgn kwn along yg nama Deqna Red Addict Here. Tu sbb dia suka berposing bila tau da org amik pic dia, sbb kwn along ni mmg suka berposing ala-ala model gitu.

Mak dia kata, dia ni pembuli sbb suka buli abang dia yg no.3 tu. mentang2 abang dia kecik comel lote dr dia, suka suki dia nk buli. 

Klu dia berlari atau istilah Sarawak "berekot", dia suka buat bunyi "ninonino" versi dia yg pelat. Wahh, terngiang plk lagu aku pelat.

Ermmm..nk cita apa lgi pasal Aiman x kisah ni ye...hahhh..dia ni kuat menyusu. Sekotak Lactogen (betul ke along taip ni, arggghh..biarlah) x cukup tuk seminggu. Sbb tu tgn dia comel dr abang dia. Tu klu pukul kt muka, terasa hidung mancung i ni nk patah....Perasannya...

 Rasanya tu je kot cita Aiman ni yg comel ni. Nanti klu da lagi kisah menarik budak kecik ni, along postkan ye.

Saturday, 4 May 2013

Undi Part 1

Assalamualaikum

pa nk letak ni erkk...cita psl mengundi lah ye, maklumlah esok Ahad, 5 Mei 2013 hri penentuan kerajaan Malaysia. Haisihhh...memang rakyat yng berjiwa betul along ni.

Hari mengundi, so along sebagai rakyat Malaysia yang prihatin (yolah sgt prihatinnya..hehe) akan turun mengundi buat kali pertamanya...haaaa..kan, umur ni baru nk jd yg pertama, masa undi negeri hari tu patutnya dh jd yang kedua tuk kali ni. 

Maaflah, masa yg undi tuk negeri tu, along x daftar lagi. Atau lebih tepat lagi blm ada kesedaran sivik lagi tu..hehe

cukuplah n3 ni, ngantuk dh...

daaaaa...kita jumpa n3 undi part 2 nnti

Thursday, 2 May 2013

Hilangnya Satu Keberkatan

Assalamualaikum

tahun 2013, dh hampir 7 tahun mak pergi,
7 tahun jugak along hilang satu keberkatan,
iaitu Doa Emak