Animated Pink Pencil

WELCOME TO MY BLOG


Showing posts with label Diari Cinta. Show all posts
Showing posts with label Diari Cinta. Show all posts

Friday, 20 September 2013

Tetap Menantimu

Assalamualaikum

tau lagu ni? sekarang ni duk ulang2 je lagu ni. kat radio pn selalu dh. Along suka lagu ni, mcm kena batang hidung sndiri. 

Just for u.

Tetap Menantimu
 
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
 
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu 
 

Friday, 12 July 2013

Jodoh Rahsia Allah

Assalamualaikum

ini yg along dgr dr mak cik along semalam, ayah along tya bila nk kawin, sbb kwn pn xda lagi.

Hailah Ayah, anak mu ini blm ada ketemu jodohnya. 
Kerana jodoh itu rahsia Allah
Bersabarlah....



*
*
*
*
Insya Allah, jika Allah telah izinkan utk hati along dan hati insan itu utk bersatu

*
*
*
*
*
jika along telah ketemu insan it, tp dia menolaknya, 
Redhalah...
Lepaskanlah... 

*
*
*
*
 lastly but not least...
jika dia untukku Ya Allah, satukan hati kami dalam ikatan atas lafaz sakinah


pic ni suma kredit to Koleksi Ayat-Ayat Cinta 

 

Sunday, 16 June 2013

Hari Istimewa

Assalamualaikum

amik masa sekejap x lama pun, nk update Hari Istimewa ni je.

Hari ini 16 Jun kan, suma pn dh tau hari ni hari bapa. So mesti korang pn da yg dh sambut dengan bapa, abah, ayah, daddy, baba, babah, walid n whatever u all call your dad.

Hari ini istimewa bagi along adik beradik, sbb bukan je sempena hari Bapa, tapi hari ni jugak sambutan ulang tahun yg ke 53 ayahda tercinta tersayang kami, Mr Jumel bin Mantaim.

Buat Bapak, 

Bapak ultraman di hati,
Bapak superman di jiwa kami,
Bapak sumber inspirasi,
Bapak lilin kehidupan kami,

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

sory, cilok jap lirik lagu.

Doa kami anak-anakmu, sentiasa ada dalam tiap solat kami, ada dalam hati kami, ada dalam ingatan kami.
Restuilah kami, berkatilah kami, doakanlah kami.

Along, Anjang, Angah, Dekmal
kamekorang sayang kitak. 

Mr Jumel kesayangan kami
inilah beliau, ni gambar masa nk beliau nk pergi buat ibadah umrah, 3 minggu lepas.

opppsss..lupa nk cita jugak, hari ni birthday keta saga yang along duk guna hari2 g kelas. Hari ni dia dh 3 tahun bersama kami. Hahaha..jasamu di kenang.

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/10/lirik-lagu-pelita-ku-zur-eda.html#.Ub2fFNjTois
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/10/lirik-lagu-pelita-ku-zur-eda.html#.Ub2fFNjTois

Sunday, 12 May 2013

Untukmu Ibu

  Assalamualaikum

Sebab balik dr anta adik balik sekolah tadi, dgr lagu ni dlm radio Hot FM, radio lebih hangat dr biasa. Tapi ptg td hangat sangat2, sbb sedih kot dgr lagu ni. 
So, along sediakan lagu ni khas pembaca semua, hargailah ibu kalian selagi hayatnya masih ada.

Lirik Lagu Untukmu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Duhai Ibu

Assalamualaikum

Selamat Hari Ibu

Untuk ibu-ibu saudara along sebelah mak:
Jamaliah = Wa Meliah
 Fatimah = Ngah Timah
Watie = Mok Wati
Rabaah = Cik Baah
Rahana = Yak Ana
Nurainon = Ambong Enon
Norasyikin = Andak Ckin
Norhayati = Ydak Yati
Safar = Usu Safa

Untuk Ibu-ibu saudara along sebelah bapak:
Temah = Anjang Temah
Jaonah = Ngah Jonah
Taibah = Yak Tebah
Dayang = Mok Oat
Malina = Makcik Lina
Rabanim = Udak Enong
Tasnim = Usu Emot

Terima kasih sebab sudi untuk jaga kami adik beradik. Sudi untuk luangkan masa melayan kerenah kami. Sudi untuk membantu kami. We love u all.

Untuk Arwah Emak, SAPIAH BINTI BOLHASSAN

Walau hanya sebentar kita bersama, 
Hangatnya kasihmu masih ada,
Mekarnya sayangmu tetap kami rasa,
Besarnya pengorbananmu,
Tidak terbalas segala jasa.

Emak, Ibu, Mama, Umi, Bonda, Mommy,
Walau apa sekalipun panggilan untukmu,
Hanya satu untukmu,
Cinta Pertama Kami,

Siapa kami?
Anak-anakmu,
 Siapa kami?
Pewarismu,
Siapa kami?
Kamilah insan yang membekalkan doa untukmu,

Biar kecil di pandangan mereka,
Tapi besar di pandangan kami,
Biar jelik di mata mereka,
Tetap cantik di mata kami,

Walau ada yang menghalang,
Walau ada yang menghina, 
Walau ada yang membenci,
Dirimu tetap ratu di hati,
Kerana dirimu sungguh bererti

Biar patah, tidak berganti,
Biar hilang tidak di cari

Amanlah dirimu disana,
Doa kami sentiasa ada,
Nantikan kami untuk bersama,
Melewati alam untuk ke SYURGA. 

AL-FATIHAH buat emak, nek mak n nek mboi. 

Thursday, 2 May 2013

Hilangnya Satu Keberkatan

Assalamualaikum

tahun 2013, dh hampir 7 tahun mak pergi,
7 tahun jugak along hilang satu keberkatan,
iaitu Doa Emak

Tuesday, 30 April 2013

Pesan Pada Diri



Mutiara Kata - Majalah Dara
Pesan pada diri...tabahkan hati,
Kuatkan semangat.
Pesan pada hati…kukuhkan iman, 
banyakkan zikrullah.
Pesan pada naluri...jangan mengeluh, 
jangan kecewa.
Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya

Saturday, 13 April 2013

Cinta Terpendam



Cinta? Siapa yang x ingin di cintai, siapa yang x nk di sayangi, siapa x mahu mencintai? Dia juga ada perasaan, dia jga manusia besa.

Tapi, hanya sbb dia bersaiz XL, sukarnya utk cinta menyapa.

Hanya sbb saiz XL dia, mnjadikan dia manusia yg takut utk bercinta. menjadikan dia manusia yang takut utk menyapa. 

Baginya, Cinta itu memang mengasyikkan, menyenangkan, namun blh mnjdi menyakitkan bila mencintai tanpa ada balasan.

Apalh daya yang dia ada untk menjadikan cinta itu milik dia. Hanya dgn-Nya dia memohon, akn nada insan yang sudi utk dia yang bersaiz XL ini.

Pergilah..pergilah..

 
PENDAM - Syahir

Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


Monday, 23 July 2012

Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum
 
jiwa resah gelisah, 
hati rasa gundah,
pada Allah along berserah
  • malam pertama istikharah: along mimpi berada kt kwsn Brunei, xtaulah tu Brunei ke apa, tapi mmg kwsn jauh sana
  • malam kedua istikharah: along ada kat rumah, tapi rumah along tu rumah kayu je, tetiba pulak mcm ada something, mcm ada gangguan dr makhlus halus je..datang sorg laki ni, suasana jd ok, hilang rasa seram...
  • malam ketiga istikharah: along ada mimpi tapi memang lupa apa mimpi tu..yg pasti ada kaitan dgn dia
  • malam keempat istikharah: lupa jgk, tapi berkaitan dgn dia
along buat istikharah, mimpi yg dtg dlm tidur suma berkaitan dgn dia. Wallahualam..tapi along percaya Allah telah beri pentunjuk yg hebat utk along. kerna, mimpi dia akan muncul bila mlm tu along solat istikharah...
biar bkn sekarang tapi along pasti Allah tau apa yang terbaik untuk kita hamba-Nya

Sunday, 22 July 2012

Ujian di bulan Ramadhan

ku ingin milikimu walau kudrat bukan di tanganku
namun aku tetap berharap kau yang terakhir untukku
kerana sekali cinta, aku akan tetap cinta
di sini ku abadikan untuk Dia
untuk Dia
- (credit to Rehan Makhtar)

Wednesday, 18 July 2012

Solat Istikharah

Assalamualaikum...

dh bulan2 along duk fikir. Akhirnya solat Istikharah. Alhamdulillah, Allah tolong, mohon petunjuk. Apa yang along rasa selama ni dh pn along bgtau dengan dia. Malu memang malu, tapi x salahkan kalau along bgtau perasaana long kt dia. Dia balas kt msg, tggu dia hbis kursus, so along sabar je tggu..
Solat Istikharah along tetap buat, biar tenang hati along ni dlam lindungan Allah  

ni along da dpt kt portal Masjid Negara

 
MANHAL
Solat Istikharah: Kelebihan dan Hukumnya

Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah taala sebagaimana Firman-Nya :

“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)
Itulah Islam, sebuah agama yang cukup sempurna. Padanya perundangan yang menyeluruh, syariat rabbani, manhaj yang waqi’e, perjalanan yang wasati, percaturan keseimbangan anatara dunia dan akhirat. Islam padanya mencakupi segenap hal dan perkara kerana ianya dari yang Maha Esa.

Dalam kepelbagaian pembelajaran yang dapat diambil daripada Islam melalui Risalah Nubuwwah Rasulullah s.a.w. antaranya adalah ISTIKHARAH.


MAKSUD ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.

Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Firman Allah taala : “dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)

Imam ibn Hajar ada menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari bahawa Al-Imam Hafiz Abdul Rauf al-Munawi berkata : “Istkharah adalah meminta yang terbaik daripada Allah taala pada sesuatu perkara yang ingin dilakukan, hakikatnya adalah kita menyerahkan ikhtiar dan usaha kita hanya kepada Allah taala, ini adalah kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui yang terbaik kepada setiap hamba-nya, dan Dialah penentu keatas apa sahaja yang terbaik sebagai pilihan kepada hamba-Nya”.

Begitulah perihal seorang muslim disisi Tuhan-Nya, sentiasa menyerahkan setiap ceruk hidupnya hanya kepada Allah sebagai penentu setiap keputusan.

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)


ANCAMAN BERPEGANG SELAIN DARIPADA ALLAH


Ini bertentangan sekali dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang kafir dan munafiq serta mereka-mereka yang lemah imannya. Secara adatnya mereka akan menjalani kehidupan mereka tanpa memandang kepada kuasa dan ketentuan Allah taala. Bahkan mereka penuh yakin bahwa setiap ketentuan dan keadaan adalah daripada tindakan makhluk itu sendiri samada daripada usaha ikhtiar mereka, bomoh, tilik nasib, ilmu teri, ilmu nujum, dan lain-lain daripada perkara khurafat dan tahyul. Sungguh telah kufurlah mereka yang berpegang dengan perkara-perkara itu semua.

Sebagaimana daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang mendatangi ahli nujum dan bomoh lalu mempercayainya setiap apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya telah kufurlah dia dengan apa yang telah diturunkan oleh Muhammad s.a.w.” (Riwayat Imam Ahmad)

Semua perkara-perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada pengamalan yang dilakukan oleh golongan-golongan jahiliah dahulu yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Islam melaran dengan keras penggunaan perkara-perkara tersebut. Ini adalah kerana setiap ketentuan dan perkara yang ghaib itu hanyalah Allah taala sahaja yang mengetahuinya.

Firman-Nya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : tidak ada sesuatu pun dilangit dan dibumi yang mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan” (al-Naml : 65)


APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH?


Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”. (Riwayat Imam Bukhari)

BerdasarkaN Hadith daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari ada menyatakan tentang Solat Istikharah : “Telah berkatalah ibn Abi Jamrah : Ianya adalah umum dan dikehendaki dengannya khusus ; Maka sesungguhnya perkara yang hukumnya Wajib dan Sunat tidak perlu dilakukan Istikharah pada mengerjakan kedua-duanya, adapun bagi perkara-perkara yang Haram dan Makruh juga tidak perlu dilakukan Istikharah dalam meningalkan kedua-duanya, maka bahwasanya Solat Istikharah hanya tertentu kepada perkara yang Harus sahaja”.

Al-Imam Syaukani juga ada menyebutkan dalam Nilul Autor : “Ianya membawa kepada dalil umumnya kepada semua perkara, bahawasanya seseorang itu tidak harus memandang hina sesuatu perkara kerana kecilnya perkara tersebut, lalu tidak mengambil berat dengannya lantas meninggalkan daripada melakukan Istikharah kepada Allah taala. Maka boleh jadi perkara tersebut ada tersembunyi sesuatu yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan memandang lekeh tadi mengundang kepada dharar (kemudaratan) yang besar samada kita melakukannya atau meningalkannya tanpa melakukan Istikharah kepada Allah taala. Ini kerana sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Wajib salah seorang  kamu memohon/meminta kepada Tuhannya walaupun berkenaan tali seliparnya” (Riwayat Imam Tarmizi)


WAKTU BERISTIKHARAH

Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perekara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadith-hadith yang dinyataka sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.

Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah taala menyeru kepada makhluk-makhluk Nya : Sesiapa yang memohon doa kepadaku maka akan aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaku maka akan aku ampunkannya”.  (Riwayat Imam Muslim)


KAIFIAT MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH


Tidak terdapat secara khusus daripada hadith-hadith yang lepas bacaan-bacaan yang khusus dalam Solat Istikharah kecuali doa. Oleh itu, selepas bacaan Surah Al-Fatihah kita dibolehkan membaca apa sahaja surah daripada Al-Quran. Namun disana terdapat ijtihad daripada para ulama’ dalam menjelaskan kaifiat dan bacaan sebagai garis panduan memudahkan kita orang awam melakukannya.

Imam Nawawi berpendapat bahawa, ayat yang paling munasabah untuk dibaca pada rakaat pertama selepas Surah al-Fatihah adalah Surah al-Kafirun, manakala pada rakaat yang kedua dibaca Surah al-Ikhlas.

Beliau berpendapat kerana kedua-dua Surah tersebut mencakupi tentang usul dalam agama. Surah al-Kafirun menyentuh tentang menjauhkan diri daripada kekufuran dan ahlinya serta memisahkan perkara yang hak dan batil. Adapun Surah al-Ikhlas menyentuh tentang pengiktirafan dan pengakuan supaya mentauhidkan Allah taala pada zat, sifat dan perbuatan Allah taala. Maka sesuailah dibacakan dalam Solat Istikharah dalam tujuan memohon petunjuk daripada Allah dan memilih keputusan antara baik dan buruk.

Adapun Imam al-Qartubi dalam kitabnya al-Jamie’ Li Ahkam al-Quran menyatakan, bacaan pada rakaat pertama adalah daripada Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua daripada Surah al-Ahzab ayat 36. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua ayat tersebut menunjukkan kebergantungan seseorang hamba yang perlu diserahkan sepenuh jiwa dan raganya hanya kepada pemilik setiap urusan dunia dan akhirat iaitu Allah taala.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani telah menghimpun dan menggabungkan diantara pendapat daripada Imam Nawawi dan Imam al-Qartubi. Pada rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun beserta Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua pula dibaca Surah al-Ikhlas beserta Surah al-Ahzab ayat 36.


DOA SOLAT ISTIKHARAH

Sambungan daripada hadith daripada sahabat Rasulullah Jabir r.a:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)


APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.

Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.1

Benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Imam ibn Hajar diatas kerana tiadalah faedah yang boleh diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.

Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan Solat Istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.


ADAB-ADAB BERISTIKHARAH


1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.

2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.

3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.

4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.

5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yaqin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata : “Sesungguhnya pada hati-hati manusia ada kesedaran, setengahnya merupakan kesedaran bagi setengah yang lainnya, maka apabila kamu memohon sesuatu daripada Allah maka pohonlah kepada-Nya dengan yaqin bahawa Allah akan kabulkannya, maka sesungguhnya  Allah tidak akan memaqbulkan bagi seorang hamba pada doanya dalam keadaan hatinya yang lalai (tidak sedar dan yaqin dengan pemberian Allah)”. (Riwayat Imam Ahmad)


KESIMPULAN


Allah taala adalah tempat berbincang dan tempat mengadu. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.

Firman Allah taala : “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)


Wallahu ‘allamul ghuyub.

Rujukan :
________________________________________
1. Al-Quran al-Karim
2. Sahih Bukhari
3. Sahih Muslim
4. Sahih Tarmizi
5. Musnad Imam Ahmad
6. Fathul Bari : Imam ibn Hajar al-'Asqalani
7. Al-Azkaar : Imam Nawawi
8. Solat Istikharah Fadhluha wa Ahkamuha : Dr. Ahmad Muhammad al-Syarqawi

Wednesday, 27 June 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah



Friday, 22 June 2012

PERIGI CARI TIMBA

Assalamualaikum...

n3 kali mula dgn peribahasa...relevankah peribahasa ini dlm syariat Islam?

ini along dpt dr tazkirah IluvIslam..renung2 kan..(jgn renung je, baca n faham)

Mengubah persepsi manusia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama berpegang pada sesuatu adat sehinggakan terlalu sulit untuk mengubahnya berlandaskan syariat.
Mendidik  manusia  tidak semudah  membawa seekor lembu untuk meragut rumput di padang
Pendidikan  berasaskan Islam perlulah diterap bermula dari kecil supaya tidak berlaku kejanggalan yang tidak bertempat apabila syariat diutamakan berbanding dengan budaya turun temurun.
Isu ini seringkali berlaku terutama sekali dalam konteks pencarian jodoh.
Masyarakat kita sering memandang serong kepada wanita yang melamar lelaki sehinggakan terbit peribahasa Melayu yang berbunyi perigi mencari timba yang dicipta khusus untuk wanita yang melamar lelaki.
Golongan "perigi mencari timba" ini seolah-olah dipandang keji dan dianggap seperti telah melakukan kesilapan besar semata-mata kerana adat tanpa melihat dari sudut syariat Islam.
Seolah-olah syariat diketepikan dan adat diutamakan.
Inilah budaya yang merantai pemikiran kita, sehinggakan pelbagai persoalan timbul apabila terdapat pihak yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Pelbagai pertanyaan bergelodak di benak apabila persoalan ini diperjelaskan.
"Biar betul ustaz, tak kan perempuan yang datang melamar lelaki."
"Eh, malulah macam ni ustaz."
"Boleh ke buat seperti itu. Nanti apa kata orang."
Saya tidak risau bagi mereka yang ada rupa, digilai oleh ramai lelaki, tapi bagaimana pula mereka yang sekadar cukup-cukup makan, atau bujang terlajak (andalusia).
Tidakkah dianggap 'sial' atau aib oleh masyarakat.
Sudah pasti aib itu bukan sahaja disandang oleh andalusia sebagai individu, tetapi tempiasnya juga terkena kepada keluarganya.
Inilah penghalang utama dan satu-satunya 'musibah' bagi wanita yang hendak melamar lelaki.
Saya pernah menerima banyak persoalan berkaitan jodoh terutama daripada golongan wanita berumur yang masih belum berkahwin.
Kadang-kadang saya melihat salah satu masalah kita ialah sikap, walhal melihat pada kemampuan, kedudukan serta pendapatan boleh sahaja memiliki atau lebih senang bisa 'memancing' lelaki tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan.
Sikap kita pada suatu ketika dahulu yang mungkin agak memilih, mahu cari yang sepadan atau lebih daripada diri.
Mana ada kelas seorang doktor kahwin dengan ustaz, mana padan seorang business women berjaya nikah dengan tukang kebun.
Maka kalian telah membawa fitnah kepada agama.
Tidak kurang juga di kalangan ahli gerakan, mencari pasangan antara ahli gerakan, tidak boleh berbeza fikrah atau bukan daripada satu jamaah yang sama.
Maka menunggulah dengan penuh hiba si wanita dalam gerakan tadi jejaka idaman satu jamaah datang menyunting.
Kalau ahli gerakan itu berjuta-juta mungkin tiada masalah, tapi kalau sekerat janganlah berani bermimpi di siang hari.
Maafkan saya, mungkin sedikit agresif (panas), cuma saya ingin ubah sedikit persepsi kita kerana syarat sah kahwin dan rukunnya tidak pernah menyebut perkara yang dirumitkan tadi.

PERSEPSI
Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh persepsi yang kolot ini?
Persoalannya kembali kepada sikap individu tersebut, apakah dia lebih mengutamakan persepsi atau kebahagiaan hidup yang sejati?
Kita meraih syurga cinta Allah melalui pasangan, bukan kerana fikrah kita sama atau sebagainya. Kebahagiaan adalah dambaan sebuah rumahtangga.
Apakah kita terasa jijik apabila mengetahui Saidatina Khadijah yang datang melamar Baginda s.a.w, hanyalah seorang anak yatim piatu, tiada siapa dan apa-apa di sisi.
Sedangkan kedudukan Khadijah di sisi masyarakat adalah seorang yang berkedudukan, hartawan, ahli perniagaan berjaya, dan dihormati oleh kaum Quraisy.
Beliau menepis persepsi tidak sihat demi mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi. Nafisah binti Munabih menjadi saksi bukti cinta Khadijah kepada insan al-Amin ini.
Siapa kita kalau hendak dibandingkan dengan Khadijah?
"Saya teramat sedih ustaz. Kami dah bertunang, memang dah nak kahwin tetapi tiba-tiba putus di tengah jalan," rintih seorang wanita mengenang nasib malangnya.
Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijab-qabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus mencuba lagi.
Bak kata pepatah, luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapakah yang tahu betapa parahnya ia.
Para ulama' bersetuju bahawa jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang hamba.
Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.
Namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi?
Maka sebab kita tidak tahulah kita masih mempunyai satu lagi talian hayat, iaitu ikhtiar.


IKHTIAR, USAHA
Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi.
Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.
Kalau tidak, kalian tidak ubah seperti Mat Jenin di era moden.
Tidak menjadi kesalahan apabila melihat pada kemaslahatan perempuan memulakan dahulu, soal jodoh selagi mana ia tidak menyalahi syara' maka dihalalkan dalam Islam, bahkan amat digalakkan.
Hendaklah difahami sejelasnya, Islam tidak pernah meletakkan bebanan ke atas bahu lelaki sahaja untuk memulakan terlebih dahulu dalam persoalan mencari jodoh.
Buang jauh-jauh persepsi dangkal terhadap peribahasa Melayu; "perigi mencari timba" atau "langkah bendul", dalam Islam ia masih terjaga dan tidak mengaibkan.

BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN DAN REDHA ALLAH
Pernah suatu ketika, telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita arab menyatakan hasrat secara terus terang tanpa perantaraan untuk bersuamikan Rasulullah s.a.w.
Tapi baginda s.a.w menolak dengan cara baik dan Baginda s.a.w sendiri yang tolong mencarikan suami buat wanita itu dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam rumahtangga yang bahagia.
Bagaimanapun haruslah diingatkan bahawa, wanita yang ingin menggunakan kaedah ini untuk mendekatkan jodohnya perlu menyedari hakikat sopan santun dan tidak melampaui batas hukum syara' yang menjadi benteng terpelihara.
Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat.
Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami.
Tidak perlulah bercinta dulu, atau mahu mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah serasi, aturlah masjlis perkahwinan secepat mungkin.

BERDOA
Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi.
Doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.
Biarlah malu kita bersalut iman dan bertempat.
Wanita mudah mendapat fitnah ketika bujang berbanding apabila telah berumahtangga, mencari sesuatu kebaikan amat dianjurkan dalam Islam.
Jangan salahkan takdir andai kita sendiri silap membuat perhitungan.
Kalian masih diberi peluang untuk membuat pilihan.
Andai kita mahu ke arah kebaikan dengan usaha yang gigih, maka kalian akan merasai kesan sampingannya yang sementara seperti penat dan hampir berputus asa, tetapi ia hanyalah seketika.
Imbuhannya kalian akan mendapat kebaikan yang abadi. InsyaAllah, yang penting berusaha dan kemudian bertawakkal.