Animated Pink Pencil

WELCOME TO MY BLOG


Sunday, 28 October 2012

Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilAdha...bkn aidil n adha pemain bola tu tau..

Monday, 15 October 2012

Congratulation

along pergi juga konvokesyen..tapi bukan my big day..congratulation to my kazen, penat lelah 3 thn berjaya di harungi, doakan along pn berjaya dan dapat menjejakkan kaki ke pentas menggapai folder ijazah thn depan..

Tuesday, 11 September 2012

Selamat Hari Raya

tak terlambat kan along nk ucapkan selamar hari raya..lgipn tadi g rmh terbuka staf..suma mknn bez..harapnya berat x naik lag lah...

tadi ada soto, ayam panggang, nasik minyak, aiskrim...huhhh...byk lagilah..ni klu kak wati tau along mkn byk mcm ni, agak2 pjg mana dia punya leter tu ya..ntah2 2 jam along kena menghadap dia...hahaha...(opppssss..sory kak watie, selamat hari raya)

Salam Hari Lahir

n3 kali ni pun  along nk ucap selamat hari lahir kt diri along sndiri, wlu dh lmbt 3 hari..xpe..
ohhh..sudah genap 25 tahun lah..bak kata seseorang, sdh masuk alam dewasa,
dia kata sabtu utk hari remaja, ahad utk hari dewasa, so kena kuar hari ahad lah ni...hehehe...arhhh...nk jgk kluar hari sabtu...

kek ni kongsi utk 3 org, along n auni sama hari, marsya kamis ni..nk jimat kos...hehe

Tuesday, 31 July 2012

Report Bakal Merapu

Assalamualaikum..

salam Ramadhan yg ke 11

masuk hari ni dh 22 hari along praktikal kt LKM ni
tapi ni dh 2 hari along xda keja yg memang xda langsung
suma staf xda, so kitaorg stdent praktikal je lah yg tinggal

huhuhu..apalah yg nk letak dlm report klu dh gni
bkn da keja pn 
xkn nk cita merapu

sabar jelah....

Friday, 27 July 2012

Cuti dh Lulus

Assalamualaikum

smlm along try mintk cuti nk raya..dh alang2 raya n masuk LI blk 3 je, so along mohon cuti n tamat awl..mula bos kata ok, t tulis surat..
arahan bos along ikut, tapi bila dh ready suma, nk g mintak sign blh pulak tanya mcm2..siap ckp lg, nnti dh keja jgn buat mcm tu...
pelik, klu dh keja, lg lh kita kena isi borang nk cuti, ni tulis surat sbb along bkn staf
tapi x kisah la, yg pasti dpt cuti
hishhhh...manusia2..bila nk berubah

Monday, 23 July 2012

Gara-gara Jalan Sesak

Assalamualaikum

semalam kitaorg sampai je kt rumah dh nk masuk buka puasa
dh la pintu kunci, eloklah pulak kitaorg x bwk kunci spare
Mr Ayah g rmh makcik amik kunci,
masuk je dalam rumah, elok2 je azan Marghib
apa lagi terus la duduk mkn

gara-gara jln sesak, kitaorg lmbt sampai kt rumah..nasib lah kt tepi jln sepajng blk dr sklh angah n Mr JJ ada gerai jual mknn..

masuk semalam, dh 2 kali along bukak puasa lambt..ujian dr Allah

Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum
 
jiwa resah gelisah, 
hati rasa gundah,
pada Allah along berserah
  • malam pertama istikharah: along mimpi berada kt kwsn Brunei, xtaulah tu Brunei ke apa, tapi mmg kwsn jauh sana
  • malam kedua istikharah: along ada kat rumah, tapi rumah along tu rumah kayu je, tetiba pulak mcm ada something, mcm ada gangguan dr makhlus halus je..datang sorg laki ni, suasana jd ok, hilang rasa seram...
  • malam ketiga istikharah: along ada mimpi tapi memang lupa apa mimpi tu..yg pasti ada kaitan dgn dia
  • malam keempat istikharah: lupa jgk, tapi berkaitan dgn dia
along buat istikharah, mimpi yg dtg dlm tidur suma berkaitan dgn dia. Wallahualam..tapi along percaya Allah telah beri pentunjuk yg hebat utk along. kerna, mimpi dia akan muncul bila mlm tu along solat istikharah...
biar bkn sekarang tapi along pasti Allah tau apa yang terbaik untuk kita hamba-Nya

Sunday, 22 July 2012

Ujian di bulan Ramadhan

ku ingin milikimu walau kudrat bukan di tanganku
namun aku tetap berharap kau yang terakhir untukku
kerana sekali cinta, aku akan tetap cinta
di sini ku abadikan untuk Dia
untuk Dia
- (credit to Rehan Makhtar)

Wednesday, 18 July 2012

Sampai Bila...

sampai bila akan along temui jawapannya
sampai bila akan along temui hatinya
sampai bila akan along temui cintanya 
sampai bila akan along temui rindunya

inilah pertama kali along rasa sakit
sakit bila diam menunggu jawapan
jawapan yang mungkin membawa khabar gembira
gembira yang akan membawa bahagia ataupun duka
duka kerana jawapan dari khabar sebaliknya

Allah lebih tahu segalanya

Solat Istikharah

Assalamualaikum...

dh bulan2 along duk fikir. Akhirnya solat Istikharah. Alhamdulillah, Allah tolong, mohon petunjuk. Apa yang along rasa selama ni dh pn along bgtau dengan dia. Malu memang malu, tapi x salahkan kalau along bgtau perasaana long kt dia. Dia balas kt msg, tggu dia hbis kursus, so along sabar je tggu..
Solat Istikharah along tetap buat, biar tenang hati along ni dlam lindungan Allah  

ni along da dpt kt portal Masjid Negara

 
MANHAL
Solat Istikharah: Kelebihan dan Hukumnya

Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah taala sebagaimana Firman-Nya :

“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)
Itulah Islam, sebuah agama yang cukup sempurna. Padanya perundangan yang menyeluruh, syariat rabbani, manhaj yang waqi’e, perjalanan yang wasati, percaturan keseimbangan anatara dunia dan akhirat. Islam padanya mencakupi segenap hal dan perkara kerana ianya dari yang Maha Esa.

Dalam kepelbagaian pembelajaran yang dapat diambil daripada Islam melalui Risalah Nubuwwah Rasulullah s.a.w. antaranya adalah ISTIKHARAH.


MAKSUD ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.

Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Firman Allah taala : “dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)

Imam ibn Hajar ada menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari bahawa Al-Imam Hafiz Abdul Rauf al-Munawi berkata : “Istkharah adalah meminta yang terbaik daripada Allah taala pada sesuatu perkara yang ingin dilakukan, hakikatnya adalah kita menyerahkan ikhtiar dan usaha kita hanya kepada Allah taala, ini adalah kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui yang terbaik kepada setiap hamba-nya, dan Dialah penentu keatas apa sahaja yang terbaik sebagai pilihan kepada hamba-Nya”.

Begitulah perihal seorang muslim disisi Tuhan-Nya, sentiasa menyerahkan setiap ceruk hidupnya hanya kepada Allah sebagai penentu setiap keputusan.

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)


ANCAMAN BERPEGANG SELAIN DARIPADA ALLAH


Ini bertentangan sekali dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang kafir dan munafiq serta mereka-mereka yang lemah imannya. Secara adatnya mereka akan menjalani kehidupan mereka tanpa memandang kepada kuasa dan ketentuan Allah taala. Bahkan mereka penuh yakin bahwa setiap ketentuan dan keadaan adalah daripada tindakan makhluk itu sendiri samada daripada usaha ikhtiar mereka, bomoh, tilik nasib, ilmu teri, ilmu nujum, dan lain-lain daripada perkara khurafat dan tahyul. Sungguh telah kufurlah mereka yang berpegang dengan perkara-perkara itu semua.

Sebagaimana daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang mendatangi ahli nujum dan bomoh lalu mempercayainya setiap apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya telah kufurlah dia dengan apa yang telah diturunkan oleh Muhammad s.a.w.” (Riwayat Imam Ahmad)

Semua perkara-perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada pengamalan yang dilakukan oleh golongan-golongan jahiliah dahulu yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Islam melaran dengan keras penggunaan perkara-perkara tersebut. Ini adalah kerana setiap ketentuan dan perkara yang ghaib itu hanyalah Allah taala sahaja yang mengetahuinya.

Firman-Nya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : tidak ada sesuatu pun dilangit dan dibumi yang mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan” (al-Naml : 65)


APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH?


Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”. (Riwayat Imam Bukhari)

BerdasarkaN Hadith daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari ada menyatakan tentang Solat Istikharah : “Telah berkatalah ibn Abi Jamrah : Ianya adalah umum dan dikehendaki dengannya khusus ; Maka sesungguhnya perkara yang hukumnya Wajib dan Sunat tidak perlu dilakukan Istikharah pada mengerjakan kedua-duanya, adapun bagi perkara-perkara yang Haram dan Makruh juga tidak perlu dilakukan Istikharah dalam meningalkan kedua-duanya, maka bahwasanya Solat Istikharah hanya tertentu kepada perkara yang Harus sahaja”.

Al-Imam Syaukani juga ada menyebutkan dalam Nilul Autor : “Ianya membawa kepada dalil umumnya kepada semua perkara, bahawasanya seseorang itu tidak harus memandang hina sesuatu perkara kerana kecilnya perkara tersebut, lalu tidak mengambil berat dengannya lantas meninggalkan daripada melakukan Istikharah kepada Allah taala. Maka boleh jadi perkara tersebut ada tersembunyi sesuatu yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan memandang lekeh tadi mengundang kepada dharar (kemudaratan) yang besar samada kita melakukannya atau meningalkannya tanpa melakukan Istikharah kepada Allah taala. Ini kerana sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Wajib salah seorang  kamu memohon/meminta kepada Tuhannya walaupun berkenaan tali seliparnya” (Riwayat Imam Tarmizi)


WAKTU BERISTIKHARAH

Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perekara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadith-hadith yang dinyataka sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.

Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah taala menyeru kepada makhluk-makhluk Nya : Sesiapa yang memohon doa kepadaku maka akan aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaku maka akan aku ampunkannya”.  (Riwayat Imam Muslim)


KAIFIAT MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH


Tidak terdapat secara khusus daripada hadith-hadith yang lepas bacaan-bacaan yang khusus dalam Solat Istikharah kecuali doa. Oleh itu, selepas bacaan Surah Al-Fatihah kita dibolehkan membaca apa sahaja surah daripada Al-Quran. Namun disana terdapat ijtihad daripada para ulama’ dalam menjelaskan kaifiat dan bacaan sebagai garis panduan memudahkan kita orang awam melakukannya.

Imam Nawawi berpendapat bahawa, ayat yang paling munasabah untuk dibaca pada rakaat pertama selepas Surah al-Fatihah adalah Surah al-Kafirun, manakala pada rakaat yang kedua dibaca Surah al-Ikhlas.

Beliau berpendapat kerana kedua-dua Surah tersebut mencakupi tentang usul dalam agama. Surah al-Kafirun menyentuh tentang menjauhkan diri daripada kekufuran dan ahlinya serta memisahkan perkara yang hak dan batil. Adapun Surah al-Ikhlas menyentuh tentang pengiktirafan dan pengakuan supaya mentauhidkan Allah taala pada zat, sifat dan perbuatan Allah taala. Maka sesuailah dibacakan dalam Solat Istikharah dalam tujuan memohon petunjuk daripada Allah dan memilih keputusan antara baik dan buruk.

Adapun Imam al-Qartubi dalam kitabnya al-Jamie’ Li Ahkam al-Quran menyatakan, bacaan pada rakaat pertama adalah daripada Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua daripada Surah al-Ahzab ayat 36. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua ayat tersebut menunjukkan kebergantungan seseorang hamba yang perlu diserahkan sepenuh jiwa dan raganya hanya kepada pemilik setiap urusan dunia dan akhirat iaitu Allah taala.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani telah menghimpun dan menggabungkan diantara pendapat daripada Imam Nawawi dan Imam al-Qartubi. Pada rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun beserta Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua pula dibaca Surah al-Ikhlas beserta Surah al-Ahzab ayat 36.


DOA SOLAT ISTIKHARAH

Sambungan daripada hadith daripada sahabat Rasulullah Jabir r.a:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)


APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.

Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.1

Benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Imam ibn Hajar diatas kerana tiadalah faedah yang boleh diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.

Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan Solat Istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.


ADAB-ADAB BERISTIKHARAH


1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.

2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.

3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.

4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.

5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yaqin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata : “Sesungguhnya pada hati-hati manusia ada kesedaran, setengahnya merupakan kesedaran bagi setengah yang lainnya, maka apabila kamu memohon sesuatu daripada Allah maka pohonlah kepada-Nya dengan yaqin bahawa Allah akan kabulkannya, maka sesungguhnya  Allah tidak akan memaqbulkan bagi seorang hamba pada doanya dalam keadaan hatinya yang lalai (tidak sedar dan yaqin dengan pemberian Allah)”. (Riwayat Imam Ahmad)


KESIMPULAN


Allah taala adalah tempat berbincang dan tempat mengadu. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.

Firman Allah taala : “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)


Wallahu ‘allamul ghuyub.

Rujukan :
________________________________________
1. Al-Quran al-Karim
2. Sahih Bukhari
3. Sahih Muslim
4. Sahih Tarmizi
5. Musnad Imam Ahmad
6. Fathul Bari : Imam ibn Hajar al-'Asqalani
7. Al-Azkaar : Imam Nawawi
8. Solat Istikharah Fadhluha wa Ahkamuha : Dr. Ahmad Muhammad al-Syarqawi

Tuesday, 10 July 2012

Sakit.......

Assalamualaikum...

semalam adik along yg kitaorg panggil Kak Anjang ajak g makan satay. sebab along ni puasa smlm so kita g lps Marghib, ajak lah kazen kita yg laki, so dialah yg drive. nk beli satay lak take away je. Encik Kazen lak parking lah kt blkg, betul2 dkt dgn gerai satay tu. 

Entah macammana dan bagaimana along tutup pintu keta blh pulak x perasan kan jari masih kt pintu..fuhhh, terus tutup...aduhhhh, sakit yang amat kt ibu jari. elok pulak time tu ada lah 4 5 org laki lalu, suma tengok..huhu..malu, sebab kuat jugak jerit tu. kalau x kenangkan diri ada kt kwsan org ramai memang dh nangis dh. dahlah Kak Anjang n Encik Kazen tu gelak2, apa diorg ingat sakit tu main2 ke. mesti org heran tgok along duk genggam ibu jari. 

ni pn masih sakit, asyik tergantung je dr semalam. yang geramnya, beli satay 15 cucuk je, x berbaloi sungguh dtg beli sampai tersepit jari. nampak dh kesan hitam, nasib ckit2 je..sehari2 ni letak minyak panas je, sebab nk bagi darah beku tu kurang.

harap raya ni ok, kalau x ok, x cntiklah jari jemari along ni masa dpt duit raya...(sempat lagi tu)...hehehe

Saturday, 7 July 2012

LatiHAn InDUstRi

Assalamualaikum...

semalam Jumaat, genap 5 hari along jd pelajar praktikal kt Lembaga Koko Malaysia. x jauh pun, dlm 30 minit je dr rmh, (klu x byk keta blh je dlm 20 dh sampai). Along dpt tmpt tu sama dgn kwn ni Cik Mira. besalah, mggu 1st ni mmg xda sangat pun keja yg unit tu bagi. Nak2 pulak da big bos diorg dtg. lg lah diorg sibuk nk settle keja. Sampai keja kitaorg jd simple lah sgt, susun dokumen dlm fail, keyin data pelesen n keyin maklumat sijil. seminggu buat sambil lewa, sbb klu wat cepat2, nnti cepat habis, dh duduk melangut je tgok muka masing2..hehe..

hope mggu depan adalah keja yg dpt diorg bg kt kitaorg ni. Dengar2 pengarah unit tmpt along n Cik MIra ni, ada bg projek. xtau lah projek apa. neveslah pulak tggu Isnin ni.

Sunday, 1 July 2012

Ayah


Assalamualaikum,

n3 kali nie cita pasal ayah. Mr Ayah tu ayah along. dia ni baik, suma orang dia baik. selalu tolong org.
tapi bila along ada sama dgn Mr Ayah nie, kdg2 along x blh nk ikut apa dia nak. Along bknlah pandai mana pn, setakat pointer pn cukup2 mkn. tau harapan dia tinggi, tapi dh memang takat tu je along mampu. 

klu sama dgn Mr Ayah ni, jiwa rasa nk memberontak je, tapi bila berjauhan, perasaan kasih n rindu tu membuak. klu blh masa tu jgk nk ckp I LOVE U AYAH. 

perasaan hampa Mr Ayah terbias kt muka bila along gagal dpt twrn kt UPSI 3 thn lalu masih along ingat, yelah nk jd cikgu mcm dia. tapi nk buat mcm ne xda rezki. memang sedih sgt sebab tu impian dia nk ada atleast sorg anak dia ikut jejak langkah dia. harapan dia bila long stdy ni, amik KPLI. harapnya impian Mr Ayah tercapai.

doa along sentiasa Mr Ayah ni bahagia, sihat n bangga dgn apa kami adik beradik buat.

Wednesday, 27 June 2012

Suamiku Benci

ni n3 pasal novel yg along baca, tapi blm abis lagi..t dh abis along wat review kt cni ye..bg along amikhayati cita hannah n uwais tu....

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah



Sunday, 24 June 2012

Syaaban

Alhamdulillah...syukur pada Allah, kita masih bernafas utk berada pd hari ke 4 Syaaban nie....tu maksudnya kita ni dh makin dekat dgn Ramadhan.

Along harap sgt kita dpt sama2 untuk berusaha dlm mengejar pahala Ramadhan nanti...

opss...yg x ganti puasa lg tu, cpt ehh..x lama lg dh...ganti puasa ni bkn tuk yg perempuan keuzuran ABC je, yg lelaki pn ada, kot2 keuzuran tapi bln ABC, tu hak perempuan je k..slalu nya mc dr puasa sbb demam yg dh x larat nk puasa...


*sabar nk tggu puasa

Friday, 22 June 2012

Emak, ratu hatiku

bila masuk musin exam, ingatan kt mak makin kuat....air mata akan tetiba mengalir kluar, pdhal tgh duduk study. mungkin emak pergi pada ketika 2 hari lagi final along mula. 

memang x dapat bayangkan, tiap kali nk pergi jawab exam, g pondok telefon (msa tu xda hp lg), msti nk dgr sora emak dulu..walaupun hanya nk dgr mak ckp "buat betul2, mak doakan along"..

itu je along nk dgr..tapi mula 5 Jun 2006. subjek Undang-Undang Komersan (along ingat lagi), exam pertama along tanpa ada suara emak memberi semnagat..emak pergi tinggalkan along..

sungguh subjek tu along jawab dgn linangan air mata, teringat kat emak, dgn kepala tanpa apa2 revision..blank..alhamdulillah, suma subjek semester tu lepas, walau cukup mkn gara2 study ala kadar (x mampu nk fokus)..

*emak, walaupun kitak dh xda bersama along, along tetap sayang kitak..along berusaha yang terbaik mak..

AL-FATIHAH utk emak, Puan Sapiah bt Bolhassan (9 Januari 1962 - 2 Jun 2006)

PERIGI CARI TIMBA

Assalamualaikum...

n3 kali mula dgn peribahasa...relevankah peribahasa ini dlm syariat Islam?

ini along dpt dr tazkirah IluvIslam..renung2 kan..(jgn renung je, baca n faham)

Mengubah persepsi manusia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah lama berpegang pada sesuatu adat sehinggakan terlalu sulit untuk mengubahnya berlandaskan syariat.
Mendidik  manusia  tidak semudah  membawa seekor lembu untuk meragut rumput di padang
Pendidikan  berasaskan Islam perlulah diterap bermula dari kecil supaya tidak berlaku kejanggalan yang tidak bertempat apabila syariat diutamakan berbanding dengan budaya turun temurun.
Isu ini seringkali berlaku terutama sekali dalam konteks pencarian jodoh.
Masyarakat kita sering memandang serong kepada wanita yang melamar lelaki sehinggakan terbit peribahasa Melayu yang berbunyi perigi mencari timba yang dicipta khusus untuk wanita yang melamar lelaki.
Golongan "perigi mencari timba" ini seolah-olah dipandang keji dan dianggap seperti telah melakukan kesilapan besar semata-mata kerana adat tanpa melihat dari sudut syariat Islam.
Seolah-olah syariat diketepikan dan adat diutamakan.
Inilah budaya yang merantai pemikiran kita, sehinggakan pelbagai persoalan timbul apabila terdapat pihak yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Pelbagai pertanyaan bergelodak di benak apabila persoalan ini diperjelaskan.
"Biar betul ustaz, tak kan perempuan yang datang melamar lelaki."
"Eh, malulah macam ni ustaz."
"Boleh ke buat seperti itu. Nanti apa kata orang."
Saya tidak risau bagi mereka yang ada rupa, digilai oleh ramai lelaki, tapi bagaimana pula mereka yang sekadar cukup-cukup makan, atau bujang terlajak (andalusia).
Tidakkah dianggap 'sial' atau aib oleh masyarakat.
Sudah pasti aib itu bukan sahaja disandang oleh andalusia sebagai individu, tetapi tempiasnya juga terkena kepada keluarganya.
Inilah penghalang utama dan satu-satunya 'musibah' bagi wanita yang hendak melamar lelaki.
Saya pernah menerima banyak persoalan berkaitan jodoh terutama daripada golongan wanita berumur yang masih belum berkahwin.
Kadang-kadang saya melihat salah satu masalah kita ialah sikap, walhal melihat pada kemampuan, kedudukan serta pendapatan boleh sahaja memiliki atau lebih senang bisa 'memancing' lelaki tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan.
Sikap kita pada suatu ketika dahulu yang mungkin agak memilih, mahu cari yang sepadan atau lebih daripada diri.
Mana ada kelas seorang doktor kahwin dengan ustaz, mana padan seorang business women berjaya nikah dengan tukang kebun.
Maka kalian telah membawa fitnah kepada agama.
Tidak kurang juga di kalangan ahli gerakan, mencari pasangan antara ahli gerakan, tidak boleh berbeza fikrah atau bukan daripada satu jamaah yang sama.
Maka menunggulah dengan penuh hiba si wanita dalam gerakan tadi jejaka idaman satu jamaah datang menyunting.
Kalau ahli gerakan itu berjuta-juta mungkin tiada masalah, tapi kalau sekerat janganlah berani bermimpi di siang hari.
Maafkan saya, mungkin sedikit agresif (panas), cuma saya ingin ubah sedikit persepsi kita kerana syarat sah kahwin dan rukunnya tidak pernah menyebut perkara yang dirumitkan tadi.

PERSEPSI
Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh persepsi yang kolot ini?
Persoalannya kembali kepada sikap individu tersebut, apakah dia lebih mengutamakan persepsi atau kebahagiaan hidup yang sejati?
Kita meraih syurga cinta Allah melalui pasangan, bukan kerana fikrah kita sama atau sebagainya. Kebahagiaan adalah dambaan sebuah rumahtangga.
Apakah kita terasa jijik apabila mengetahui Saidatina Khadijah yang datang melamar Baginda s.a.w, hanyalah seorang anak yatim piatu, tiada siapa dan apa-apa di sisi.
Sedangkan kedudukan Khadijah di sisi masyarakat adalah seorang yang berkedudukan, hartawan, ahli perniagaan berjaya, dan dihormati oleh kaum Quraisy.
Beliau menepis persepsi tidak sihat demi mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi. Nafisah binti Munabih menjadi saksi bukti cinta Khadijah kepada insan al-Amin ini.
Siapa kita kalau hendak dibandingkan dengan Khadijah?
"Saya teramat sedih ustaz. Kami dah bertunang, memang dah nak kahwin tetapi tiba-tiba putus di tengah jalan," rintih seorang wanita mengenang nasib malangnya.
Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijab-qabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus mencuba lagi.
Bak kata pepatah, luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapakah yang tahu betapa parahnya ia.
Para ulama' bersetuju bahawa jodoh ialah salah satu qada' ketentuan Allah Taala seperti rezeki dan ajal seseorang hamba.
Semuanya itu termaktub sejak azali lagi.
Namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi?
Maka sebab kita tidak tahulah kita masih mempunyai satu lagi talian hayat, iaitu ikhtiar.


IKHTIAR, USAHA
Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa.
Kita teringin makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja untuk mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi.
Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi.
Kalau tidak, kalian tidak ubah seperti Mat Jenin di era moden.
Tidak menjadi kesalahan apabila melihat pada kemaslahatan perempuan memulakan dahulu, soal jodoh selagi mana ia tidak menyalahi syara' maka dihalalkan dalam Islam, bahkan amat digalakkan.
Hendaklah difahami sejelasnya, Islam tidak pernah meletakkan bebanan ke atas bahu lelaki sahaja untuk memulakan terlebih dahulu dalam persoalan mencari jodoh.
Buang jauh-jauh persepsi dangkal terhadap peribahasa Melayu; "perigi mencari timba" atau "langkah bendul", dalam Islam ia masih terjaga dan tidak mengaibkan.

BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN DAN REDHA ALLAH
Pernah suatu ketika, telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita arab menyatakan hasrat secara terus terang tanpa perantaraan untuk bersuamikan Rasulullah s.a.w.
Tapi baginda s.a.w menolak dengan cara baik dan Baginda s.a.w sendiri yang tolong mencarikan suami buat wanita itu dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam rumahtangga yang bahagia.
Bagaimanapun haruslah diingatkan bahawa, wanita yang ingin menggunakan kaedah ini untuk mendekatkan jodohnya perlu menyedari hakikat sopan santun dan tidak melampaui batas hukum syara' yang menjadi benteng terpelihara.
Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat.
Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami.
Tidak perlulah bercinta dulu, atau mahu mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah serasi, aturlah masjlis perkahwinan secepat mungkin.

BERDOA
Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi.
Doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.
Biarlah malu kita bersalut iman dan bertempat.
Wanita mudah mendapat fitnah ketika bujang berbanding apabila telah berumahtangga, mencari sesuatu kebaikan amat dianjurkan dalam Islam.
Jangan salahkan takdir andai kita sendiri silap membuat perhitungan.
Kalian masih diberi peluang untuk membuat pilihan.
Andai kita mahu ke arah kebaikan dengan usaha yang gigih, maka kalian akan merasai kesan sampingannya yang sementara seperti penat dan hampir berputus asa, tetapi ia hanyalah seketika.
Imbuhannya kalian akan mendapat kebaikan yang abadi. InsyaAllah, yang penting berusaha dan kemudian bertawakkal.  


 

Monday, 7 May 2012

Jodoh Jauh @ Dekat

Assalamualaikum...

Semua Orang Ada Jodoh @ Pasangan Yang Menanti Dan Biasanya Ia Berada Tidak Jauh Dari Anda. 
Jarang Orang Bertemu Dengan Jodoh Yang Berada Jauh Darinya.

kata2 cinta kt ats tu along x berapa nk setuju lah...sapa sokong angkat ibu jari...hehe...
yelah, skrg ni ramai je yg dh kawin dgn org jauh...dlm thn ni je long kazen along kawin dgn org bkn sama borneo..peninsular mari...sorg dr Kedah, sorg abe kelate...pastu...



****


****


****
 
three lah kan...hehe...

my aunty pn kawin dgn org jauh....ramai lah, x blh nk pakai dh ungkapan kt atas tu...

sukati je..dh Allah yg tentukan jodoh kita, dekat ke jauh, sma ja manusia, umat Muhammad, jgn kawin dgn bkn manusia dh la...


*psnn penaja = nk kena sediakan 4 5 bijik hadiah ni, ready tuk bg kt kengkwn yg dh sampai seru thn ni..



Hati Ini Milik Siapa

Assalamualaikum..

hari ni along pg kenduri kawin lg...terjumpa lak dgn kwn masa sklh dulu, lama xjumpa, 
soklan femes masa ni msti tya:

- "buat pa skrg ni?" 
- "uishhh...bila nk kawin?'

klu yg dh kawin tu, soklan ni pulak kuar:
- "anak berapa umur ni?"
- "dh brapa org anak?"

bila makin ramai yg sebaya along kawin..tetiba terfikir, aku punya turn bila pulak erkkk...
jodoh x sampai lg...hehe (tu jwpn nk sedapkan hati sndiri)




Hati ini milik siapa??

ALLAH Memberikan Kita 2 Kaki Untuk Kita Berjalan,
2 Tangan Untuk Kita Memegang,
2 Telinga Untuk Kita Mendengar,
2 Mata Untuk Kita Melihat,

Tetapi Mengapa ALLAH Hanya Menganugerahkan Sekeping Hati Kepada KIta?
Kerana ALLAH Telah Memberikan Sekeping Hati Lagi Kepada Seseorang,

TETAPI Kita Perlu MENCARINYA...

Kerana Itulah Cinta Hati Kita

Sunday, 29 April 2012

FYP...

pospon pta along...ntahla...harap2...cuti nnti dpt wat...doa tuk along k...

tu je tuk n3 ni

Tuesday, 7 February 2012

Si Bongsu

Assalamualaikum...

along keliru...En. JJ dh blk kt asrama smlm...En. Ayah cita, En JJ minta beli big apple, so singgah..tp angah lak mrh2, x syok mkn sbb mcm kelam kabut je..En JJ g lah sorg, baris lh budak tu sorg2 beli donut...sedih cnarnya dgr cita En Ayah tu...

tapi....

entahlah, bila En JJ ada kt dpn mata, ada je x kena..mcm nk gaduh je memanjang..bila dh xda dpn mata, rindu..sedih kenang dia kt sklh sana...

bila di fikir, along nk lindungi dia, nk ajar dia cmne nk hidup dgn org luar...seblh mungkin along backup dia, xnk dia rasa xda org syg kt dia...xnk nnti org ckp, sbb x da mak yg ajar, dia jd kurang ajar...

Ya Allah...apa along nk buat...

Wednesday, 4 January 2012

12 tahun berlalu

Assalamualaikum...

hari ni hari pertama sklh kan...so, nk cita kisah lampau ke kisah terkini...yg beza 12 thn je..

mula2 kisah terkini lh ye..

alkisahnya 2012..smlm ikut g hntr adik @ Mr JJ g sklh asrama..besalah, klu dh ank laki, bongsu lak tu, mmg mcm2..nasib lh masuk sklh yg sma dgn angah..ank mnja n adik manja kn, slma ni serba serbi kitorg yg buat, so lps ni kena wat sendiri ye dik..hehe...awl2 pagi lg dh da org yg duk2 jauh d rantauan dh kol, suma nk tau cmne persaan nk masuk sklh asrama, tp org nk di kol, tido lg..hehehe...
kol8.30 pagi dh gerak dr rmh, mklmlah, sklh jauh woooo..agak2 50km jgk la..hari lak hujan, mcm tau je sedih nk pisah kan..
elok je sampai kt sklh, along g ikut angah, temankan dia dftr, xsangka dh form 5 dh adik along tu...Mr. Bapa g bwk Mr JJ dftr tuk form 1...form 1 msti byk nk kena byr, bru masuk kot, so naseb baik le angah tu da baucer, dptlah Mr Bapa diskaun ckit tuk byrn Mr JJ...heran kejap cikgu tu, yelah, bru nk dftr dh da baucer dr sklh..hehehe.."ye cikgu, kakak dia punya"..ayat bangga Mr Bapa...bila dh settle suma, g lak kt asrama..
excited sgt2, sbb 1st time masuk asrama dak laki..hahaha...
mmg mcm2, dia xnk katil tgh, nk yg tepi skali, rupanyaaaaaaa......katil tepi wlupun duk bwh tp kena angin kipas jgk..xbg la dia duk atas, Mr JJ tu tido ganas..karang tgok pagi dh kt bwh....along tolong lah bdk kecik yg x brapa nk kecik lg tu kemas locker...yg geramnya, dia blh ilek2 baring...huhhh...penat along ajar cmne nk susun baju..tp bila dh siap sume timbul lak ??? dlm kepala along yg dh mmg byk bnda nk fikir ni...BRG BDK LAKI MMG BYK NI JE KE?? along dulu penuh je locker....

bila nk blk, Mr JJ ckp pn dh x pndng muka dh, takut nangis lah tu...anjang kol pn xnk ckp, lari jauh...Mr Bapa psn, jgn ckp byk sgt, karang Mr JJ nangis...bila nk blk, tetiba je Mr JJ tanya,"tie kmk ne long?"...hahaha...along terbuang tie dia yg dlm plastik...nasib baik kitaorg x blk lg...lps dpt tie, terus xlyn along dh...amboi, taulah nk cover sedih...

tu antra kisah terkini yg berlaku smlm..

blk kisah lampau thn 2000, zaman along baru masuk sklh asrama, excited nk dftr...suma nk d ajak g, msa tu Mr JJ bru je umur sthn, so kena tinggal kt mak sedara jaga...mak, nenek, angah n Mr Bapa suma g hntr...tp bila diorg nk blk, nangis wooo....mak pujuk makin kuat la nangis...sampai nenek pujuk dgn bg duit pn jln...last2, jnji nk dtg hjg mggu bru lega ckit..ckit je...mlm nk tido nangis blk...hahaha...kenangan tul la...

x sangka, lps 12 thn Mr JJ yg berumur sthn lak yg ikut jejak langkah g asrama..hrpnya sampai hbis blja la ye dik...tp yg beza Mr JJ n along, hanya Mr Bapa n angah + along yg ada..emak n nenek dh xda nk ikut hntr g asrama...xpe dik, kita nk blaja

tu je lh kisah nk di kisahkan...klu korg nk kisah, korg bca..klu x nk kisah, xyah bca....

we  love u dik...

Sunday, 1 January 2012

1st n3 in 2012....

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..Allah panjangkan umur along tuk berjumpa dgn tahun lompat ini, 2012..
Alhamdullilah..Allah masih beri peluang utk along menghadapi cabaran yang bakal berlaku di tahun 2012 ini..
Alhamdulillah..Allah masih memberi nafas kepada along utk melunaskan azam yang sentiasa sama saban thn..
Alhamdulillah...Allah panjangkan lg usaha along utk bertemu dgn jodoh yang entah siapa gerangannya..

amin...dengan-Mu along bermohon, moga di beri kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dimurahkan rezeki, kejayaan dunia & akhirat, dan bantulah hamba-Mu ini utk menghadapi peperiksaan akhir nanti..kerana-Mu tempat along berluahkan segalanya...Engaku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...