Animated Pink Pencil

WELCOME TO MY BLOG


Monday, 2 December 2013

My C-Day part2

Assalamualaikum

hehe..senyum..

semalam kan, along kata kan, nk letak gambar2 masa c-day along kan.
so janji d tunaikan.

x banyak, sbb ni kazen along yg bagi, sbb byr kan, so dia bg yg konon paling comel jer..hehe


with family n my bff..nampak kepala je my dad tu..hehe


with family n my bff family


my sibling n my little cousins..hihi
 ada lagi, tp xdpt uplod la, nnti lah klu dh dpt, along masuk kan lagi ye

daaaaaaa

Sunday, 1 December 2013

My C-Day

Assalamualaikum

Sihat suma? along ni da x sihat ckit, baru je baik demam ni, flu n batuk je x sembuh lagi. Alhamdulillah ada jgk ujian kesihatan di hujung thn ni. 

Dalam sedar x sedar kita dh masuk hari pertama bulan terakhir thn 2013 kan. Tinggal brapa hari saja tu nk g 2014, rasa mcm x tercapai lagi azam thn ni. Ermmmm

Banyak azam tp azam utama dh terlepas dh sejak thn lepas, hehehehe...azam nk kawin umo 25 thn. kan dh terlepas kannn. Xpa thn ni pn x berjaya, along try lagi thn depan.
Kalau kata azam nk peang duit sendiri, Alhamdulillah da rezki jgk walu bkn keja tetap. Mampulah jgk nk bwk lebih g kenduri Johor hari tu, yg tu next n3 along cita k.

n3 ni nk cita hari besar along ari tu. kalau org lain hari besar diorg mesti pasal kawin la, pasal tunang la, tapi hari besar along takat ni pasal c-day along. Dah hampir sebulan baru nk cita, dh basi kot. xpa, bagi along x basi lagi, elok lagi ni haaa.

Kat n3 ni along nk ucap terima kasih pada yang terlibat secara langsung n tak langsung dalam menjayakan majlis konvo ni. yelah kan, susah payah kita belajar selama 4 tahun ni akhirnya berjaya jgk walau terlewat. 

Buat keluarga, terima kasih sbb sudi datang walau tunggu lama kt luar, lapar dahaga tahan je kann..hehehe..cian...

Buat kawan-kawan, sahabat handai, terima kasih sebab sama2 kita gelak tangis bersama sepanjang menuntut ilmu ni. kenangan x kan d lupakan. 
kenangan masa nk konvo ni, tunggu lama2 masa masa amik jubah, tunggu berjam2 smpai lenguh bontot, tapi byk je posing kan..hehe

Buat pensyarah-pensyarah, terima kasih banyak sbb mendidik saya ni yang lemau lah amat nk lekat ilmunya. Alhamdulillah, moga ilmu yang di peroleh akan di guna dalam kehidupan.

Buat semua yang staf fakulti n suma staf u, terima kasih. 

Rasanya tu je ucapan terima kasih along. Rasa rindu kat kawan2 terleri tau, maklumla brapa bulan x bersua muka..ecehhhh..hehehe. Tak sabar nk jumpa, sbb da yang nk bagi kt jemputan, sbb da yang dh pregnant, sbb da yang dh kawin. ohhhh..seronoknya.

Along datang amik jubah hari kedua, rasanya dh datang awal dh, tapi lamanya tunggu nombor nk kena panggil, 3 jam klu x silap. Perancangan hari2 sebelum suma berubah, tu kata kita merancang Allah yang tentukan. Beriya-iya rancang dgn bff nk g sama, tp bila tengok kt fb yg datang awal pn kena tggu lama, terpksa ubah plan. Jadi serba salah, klu g amik bff takut lak nombor giliran sampai, so along n sorang lagi kawan tggu la smpai turn kitaorg. Dri pkl 11 sampai 2, lapar x terkata.
dapat je jubah terus drive g amik bff kt hotel n airport. sempat lagi pesan kt diorg kt airport belikan mcd. hahaha, makan kt kaki lima dewan tmpt amik jubah, mmg syok sbb dh lama x makan sama.
 tapi masa tu kena tggu lagi sbb diorg ak yg nk amik jubah. Alhamdulillah, selesai sumanya.
2 hari tau along buat benda yang sama tapi x kisah sbb dpt lepak dgn kawan, lepak bukan lepak je, habis suma cita kluar almaklumla lama x jumpa.

pada hari kejadian, 9 November 2013, pkl 12 tghari along dh kena ada kt dewan tmpt brkumpul graduan. Tapi along lambat tau sbb xda parking pulak. jauh nk kena menapak.

masa majlis tu, macam2 gaya2, macam2 gelagat graduan yg along tengok masa diorg amik folder degree kt atas stage tu. along kn da pg raptai, so org tu kata jangan nk posing2 atas tu. tapi along tengok ramai je posing, 

ehhh..korang tau ke kt mana photographernya????
musykil along tau. along je steady..hahaha..perahsantan.

banyak la jgk gambar yg photograper along yang berbayar n x berbayar amik hari tu, bukan hari tu je, semalamnya n hari seterusnya pn da.
meh kita tengok sama2.

yang ini hari pertama slps kami dapat jubah..hehe

yesss...senyum

yang ni pulak masa tggu kawan nk p amik jubah, sempat tau posing.
 
kami buddies, kami takkan terpisah
  
haaaa...ni pulak pada hari kejadian

macam cantik jerr...tapi kami rasa kami cantik la


tengok la ni...kami dah pakai jubah kami

tengok kt atas kepala, sukati je nk letak belah mana..hehe


sebenarnya banyak lagi nk letak, tapi next n3 lah ye..along dh ngantuk la.
bye..muahhhh..see u at next n3

Assalamualaikum

Friday, 15 November 2013

Kisah Oktober

Assalamualaikum

lama dh x jenguk blog ni. berhabuk dh. huhu..malas sbenarnya. org ada blog, dia pn nk ada blog, org nk ada instagram, dia pn nak ada instgram. tp sudahnya suma ke laut sana la. Tapi xpa kan, ni pn jenguk2 je, xsangka rupanya dh lebih sebulan x tulis n3. 

Jangan malas2 along k. Teruskan usaha anda.hahaha..Macam rajin jew nk tulis, ayat pn x reti nk buat.

Banyak sebenarnya yg berlaku sepanjang bln 10 lps, nak2 pulak awal bulan 10 tu da majlis kawin bff along tau. Bak kata bff lain, kiranya along ni orang kanan majlis. Amboi, sakan mak, sampai kena perli kt
Pak Jumel. hehehe..iyelah, klu dh x reti nk duk rumah, asyik nk kluar je dgn bakal pengantin Cik Emy yg sekarang ni dh tukar status jd Puan Emy. 

...x abis lagi ke urusan dgn emy tu..hahaha..perli baik je my dad tu tau.

Alaaaa..nk tggu along prepare majlis kawin sndiri ntah bila ntah, so bila dh dapat peluang prepare majlis kawin walau bukan majlis sendiri pn ok gak apa. Hati pun manyak senang, hati manyak puas wooo....

Keta along jadi keta pengantin tau, merah mak ngah..hahaha..tp xda pulak la gmbr keta tu..huhu..saja je nk show off eh...haha

tapi ni along da download gambar kawin kwn along ni. Manalah tau berminat bila dh tengok gambar2 ni. bukan macam cantik jew..Tapi memang cantik pun..

Nahhh..tengok tau, tp da ckit je.


berseri2 je muka emy..wewitt


dalam lif pn cantik juak nk amik gambar k...hehe


haipppp...kitakduak bisik apa ya?
ok x?
cantik x?
berkenan x?
rasa nk amik x photographer ni masa hari penting korang?
haaa..blh jenguk2 ka nk godek2 kt facebook diorang ni Tengkolokstudio

pictures credit to Tengkolokstudio

Majlis emy ni sebelum Raya Haji, so Isnin along cuti n Selasa memangla cuti kan. Heaven giler kot cuti lama. Hahaha..pastu bengong sbb keja banyak.

Raya Haji tu da jugak lah kampung along ni buat korban. Sekor sapi n 2 ekor kambing. ermmm..mcm tahun2 sudah, port acara korban ni sebelah rumah i je k..Bau jangan katalah, memang 'harum' semerbak lah.
Tapi dh nama raya haji ni bersmaan Raya korban, so kenalah kita berkorban. 
Bunyi mcm x ikhlas kan?
ehhh..ikhlas kata ni. 
seruis ni.

ada hikmah korban ni buat kt sebelah rumah along, sebab senang kazen mazen i yang kecik2 tu tengok..hahhh..sekali nk duduk bertenggek kt tingkap rumah atas. terus je nampak.
tahun ni memang betul2 kat laman rumah kamekorang k. 
tahun lps je x sbb buat kt rumah org yg bg sapi korban tu.

nk gambr?
bukan xda, ada, tapi x nampak. 
Allah x bagi izin lah tu.

ehhh..dh panjang sgt ke along ni bebel.
last tau..hahaha

seminggu lps majlis kawin emy tu, along p duduk exam penolong akauntan under sarawak government. Fuhhh..pulun belajar balik sejarah Malaysia.
Sampai kt tmpt exam tu Pak Jumel la yg kena temankan. Napa kena bwk ayah i? Haruslah, along ni darah gemuruh, nnti xpdt nk tekan pedal minyak nk drive klu dh nervous tau. Fikir macam2 lak tu. hihi

Nasib baik je tengah tercangak2 nk cari bilik exam jumpa kawan sama u, nk jd kebetulan yang amat, dia sama bilik dgn along. N bersebelahan meja lak tu.
hihihi..ramai jugak member sama diploma dulu duduk exam ni.

Soklan yg kluar ada susah, ada sederhana, ada senang. Alhamdulillah along boleh jawab. Tunggu jawapan je ni tuk interview lak. doakan along k.

rasanya cukup kot kisah Oktober ni. orang dh masuk November baru sibuk nk kisahkan oktober kt blog..hihi

dh lewat ni, nk sleep lak. ngantuk dah. nanti klu rajin da lah n3 baru..huhu bajet da org baca je.



Friday, 20 September 2013

Tetap Menantimu

Assalamualaikum

tau lagu ni? sekarang ni duk ulang2 je lagu ni. kat radio pn selalu dh. Along suka lagu ni, mcm kena batang hidung sndiri. 

Just for u.

Tetap Menantimu
 
Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
 
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu 
 

Tetap Menantimu - Nomad (lirik)

Thursday, 19 September 2013

Kek Susu

Assalamualaikum

n3 semalam psl hari raya kan. N3 ni along nak bagi resepi yang along dapat dr kakak angkat suami mak sedara along.

Simple n senang je nk buat. Mungkin mahal kat susu tepung tu kot.

tadaaaaa...

ni rupa kek tu, tp ni baru along keluarkan dari pengukus.

rendahnya kek ni, 1/2 loyang je..

Kek Susu

10 biji telur
450g butter
300g susu nespray (guna susu ni sbb rasa lagi sedap)
1 tin kecil susu manis

Mula-mula pukul sampai kembang susu manis dengan butter.
Pastu masukkan telur satu-satu. Pukul lagi biar sekata.
Lastly baru masukkan susu tepung tu.
Kuar rata tau.
Kukus selama 1 jam or 2 jam.

okey..tu saja...nnti try ya..

 

Wednesday, 18 September 2013

Hari Raya

Assalamualaikum

sihat suma?
lama x post apa2 sini, malas kot. Nak-nak pulak suma orang kt rumah ni da balik cuti, so abiskan masa dengan diorang la.

n3 ni sebenarnya long sambung cerita raya. Huhuhu..dh basi dh kan, tapi xpa, along x rasa basi pun, sbb biskut n kek raya ada lagi kt rumah ni, so masih raya..hehehe.

Mungkin bg yg baca ni, xda pa yang menarik pun hari raya along ni, tapi bg along banyak yang menariknya. Yang menariknya, buat pertama kali raya tahun ni, dapat di hitung dengan jari berapa kerat je budak-budak kecik kt kampung ni datang raya kt rumah, Yeeee...di akui memang malas nk layan bebudak yang datang sbb diorang ni dtg nk duit  raya je, tp hari raya tanpa kunjungan budak-budak memang xda suasana hari raya.

Masa tu, macam-macam kerenah yang kita boleh tgok tau. Kalau hidangkan air, da yang xnak minum air lah, da yang xanak air bergas la, yang sadisnya da yang terusterang nak duit raya je. Hehehe..tapi tu lah gelagat comel along nampak. Biar kekadang slekeh je diorang ni datang kt rumah kita, almaklumlah, rumah along ni entah yang nombor berapalah dh yang diorang jejak....hehehe..nasib zaman along dulu mak x bagi raya jalan jauh-jauh.

Tapikan, ingatkan rumah along je xda bebudak yang datang, rupanya ramai jgk pak n mak sedara yang cita sama. Siap da yang cakap, duit syiling tukar banyak2 kt bank konon senang nk bagi kt budak-budak datang ray, rupanya hampeh..xda pun...

Okey, cita jalan-jalan raya kami pulak. Kalau ikot tiap tahun hari raya ke 3 je kami akan ziarah raya rumah sedara mara sebelah arwah mak yang duk area Kuching, tapi sbb miscommunication, kami adik beradik kena tinggal...hahaha...gelak walu dlm hati rasa geram je. Siasat punya siasat, mak sedara long ni ingat along ni nk pegi raya dengan kawan-kawan. Tu yang diorg x ajak. Huaaaa..Tau x masa raya ni lah masa loang nk kenal sedara mara, nnti x lah muka blurrr je klau da di tegor kklu jumpa kt mana2. Tak pasal2 karang kena cop sombong, pdhal x kenal. (sbb dh prnah kena, da sedara yg sapa, tp along terus cakap along x kenal dia, rupanya dia sedara bapak..hehe)

Hari raya ke berapa ntah, lupa dh, kami adik beradik ikut mak sedara pg jalan-jalan raya, dia da bwk pg rumah kwn satu ofis dia. Fuyooo...design dlm rumah cantik kot. Kalah rumah kita.

Jakun je rasa..hehehe, rumah orang pn jd tempat photoshoot...Maaf lah klu x cntik. bkn reti pun.

amboi...kepala nk kena senget eh...
 
ni sudut rumah dia, da bunga canti, tp sayang x nampak sbb kami diri kt depan. hahaha

oh tidak...napa dh mcm tangga ni
sebenarnya, koleksi dlm almari cermin tu cantik sangat, ermmm..bilah nk dapat hias rumah gaya org kaya ni. 


asal boleh posing je..huhu
gambar ni kan, asal boleh je sbb kitaorang sebenarnya berdiri je kat situ, tetiba lak suami makcik amik gambar..hahhh..apa lagi senyummm...

eeee....asal ada muka budak 2 orang ni
hahhh..gambar ni along nak buat gaya wanita melayu terakhir dh, tapi budak 2 orang ni lak datang lompat kt depan.huhuhu..terus jadi wanita pegang dulang je..

posing jap sambil tggu org hidang air..hehe

lps ziarah rumah kwn ofis makcik, dia bawak kami pg rumah kakak angkat suami dia lak. Seronok ang dengar makcik tu bercerita pasal kek yang dia buat, last-last along mintak resepi..hahahaha...kitaorang adik beradik xtau nama kek tu, tp kami cakap kek tu nama kek susu. sbb bahan suma susu. sedap sangat. Nanti along letak kt n3 lain ye resepi nya.

lasltly gambar kt bawah ni muka penat kami suma. dh pukul 10 pn x balik lagi..penat woooo, asyik makan n minum benda manis je..

mengantuk dah...
okey...sekian saja cerita suka suki raya tahun 2013 along ni.

maaf kan salah silap ye.

*along da hutang n3 kahwin nono kan, maaf la sbb gambar xda lagi


Tuesday, 13 August 2013

Setahun Sekali

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya...Salam Aidilfitri..

Hari ini Syawal ke-7. 2 hari masa tuk jalan-jalan raya dengan kengkawan. 
Ececehhh...mcamlah ramai bebenor kwn along ni eh..pdhal kami 5 org jer...huhu..
malu sendiri, nmpak sangat la along ni dulu zaman kegemilangan sekolah menengahnya x ramai kawan. 
Errmmm..pemalu kot along ni..jap...angkat bakul sndiri tak larat.

Setahun sekali, Syawal datang lagi, bertemu kembali
Saling bermaafan, bersalam-salaman
saling bercerita, ketawa bersama

haha..lagu raya versi along...
kena je dengan geng kami ni, jumpa masa raya je.
Tak tau lah macamne kalau tahun depan ramai yang dh kawin ni..
aduhhhh...

tapi layan la gambar ckit2 yang along ada tok k...

gambar2 kt bawah ni hasil tangkapan yang berjaya kamekorg dapat...

*



*


*




tadaaaaaaa... :-)


selit menyelit takut nya muka sik nampak..huahuahua

ada lagik la geng..kami lagi...skrol lagi kat bawah tok k.


 hihihi..emmy xda, tapi mak manisah yang ada. So, ganti dengan makcik, boleh emy?
excited makcik ni nak amik gambar tau. Dia ingat lak tu nama kamekorang suma. Padahal setahun sekali jak jumpa.



along yg malas nk update...so, banyak gambar jak k.
 nampak x along kt belakang ya. Aishah kata, along datang dari syurga..hahaha...

terer amik gambar, pencahayaan semulajadi dr luar..hihi

jangan boring dolok. Ada lagi tok.


mem Samarahan & mem Malihah

hohoho..angin tiup dari kiri, mari kita senget ke kanannnnn....


Julizah @ mijah kata, Aishah n Aida muka sama, kembar x sama mak n bapak

yg gambar last tok, Syawal ke-4


open house rumah Aida....habis terbuka leh kamekorang..kihkih...

wokehhh..tu je yg ada masa ni.
\kalau ada lagi gambar, along buat lagi n3 baru kawan2.

jumpa kt next n3 lak k...

bye...
Assalamualaikum

 

Saturday, 3 August 2013

Sampainya Hatimu

Assalamualaikum

Tak terasa kan Ramdhan dh masuk hari ke 25. Kejap je masa berlalu, x puas lagi kan.
Sempena raya yang dh nak dekat, tapi mmg dh dekat sangat2 pun, kurang seminggu je lagikan. So, along and anjang bertemankan mak sedara along pegilah menjengah ke Summer Mall yg baru je bukak kt tmpt along ni semalam. Saje je dtg mlm, sbb siang sibuk nk masak, keja lagi.
Bila dh mencakau bunga 2 3 ikat, kitaorg pn balik.

Haaa..cita masa nk balik baru da kaitan dgn tajuk n3 ni.
Masa nk turun ke eskalator tu, nampaklah budak perempuan dalam umur 4 tahun kot, nangis sambil bapak dia pimpin tangan dia. Nangis sambil sebut mummy..mummy..mummy.

kitaorg follow diorg mb anak beranak tu nk balik jugak. Kan sama jalan nk ke parking.
Bila sampai je kt luar pintu arah ke parking, fuhhh..budak kecik tu kena TAMPAR  leh bapak dia. Bunyi kuat kot, sampai da sorg makcik ni mengucap panjang.
Ehh..bapak dia ingat anak dia tu anak patung ke, org besar ke. Kecik lagi kot.

Dah la lps dia tampar tu, tu angkat tangan anak dia sebelah, samapai tergantung budak tu. Rasanya bapak dia geram sebab anak dia nangis x henti2 cari mummy dia.
Tapi janganla sampai nk tampar. Bengong n bodoh la bapak budak tu.

Kitaorg memang x tau nk cakap pa, ramai jgk yg tgok masa tu. Dia heret masuk balik anak dia ke dalamm mall. Cari mummy dia kot.

Sungguh la sampai hati bapak dia buat anak dia macam tu.

Terdetik di hati along betapa beruntung kami adik beradik sbb lahir dalam family yang sayangkan kami. Tangankan kami hanya jika salah itu memang salah.


Saturday, 27 July 2013

Cheese Cake Pilihan Hati

Assalamualaikum

Selamat Berpuasa

hehe..lama kn x update n3 ni, malas kot nk bukak blog ni. Lagipun malam2 pg masjid, balik je dh da keja lain nk buat.
Siang2 p tolong mak sedara buat kuih tuk jual ptg. 

So, n3 kali ni nk letak resepi je, bolah kan. Nk buat tuk raya ni pn along alu-alukan.

Ni cheese cake pilihan along tiap tahun.


Cheese cake

BAHAN:
Bahagian Bawah (Coklat) A:
450GM MENTEGA
400GM TEPUNG GANDUM @ tpg Hong Kong
5 BIJI TELOR
120GM TEPUNG KOKO (mun maok kurang blh 100 g jak)
500GM GULA HALUS (along slalu guna 300 gm, nk kurang manis)
1 SUDU MAKAN OVALATE

CARA:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang. Selepas itu masuk serbuk koko dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul hingga rata. Kukus selama 1 ½ jam.

Bahagian Atas (Cheese) B

500Gm cream cheese
200GM GULA HALUS
2 BIJI TELUR
1 SUDU ESEN Vanila

CARA:-

Pukul Cream Cheese dan gula hingga kembang. Masukkan Telor, Vanila dan gaul Rata.
Apabila Bahagian Coklat sudah masak, tuangkan adunan B ke bahagian A dan kukuslah selama 1 ½ jam. Apabila sudah masak bakarlah ke dalam oven selama 10-15 minit.
 
so, nnti klu rajin try lah ye.


nnti along bg resepi lain kt next n3. Tu pn klu rajin nk bkk blog ni..hehe


Assalamualaikum
Selamat Bersahur